Thursday, August 28, 2008

dah lama dah

dah lama aku tak update blog..dah sebulan jugaklah...yang sebenarnya aku sibuk sangat bulan lepas..dengan ulang-alik balik muar sebab adik aku sakit, dan alhamdulillah dia skang ni dah sambung belajar balik kat ilp pasir gudang..moga dia jadik orang yang berguna..cuma satu je problem dia ni..keras kepala, degil nak mampus...huuuu pening aku memikirkan perangai dia yang sorang ni..




oklah...aritu aku terlibat dalam pameran syarikat aku kat MAHA 2008...perrggh kat sana memang besar gile la tempat..aku sendiri tak habis melawat tempat tu..maklumla mana nak jaga booth lagi, mana nak melawat tempat lagi..kang aku kata aku ngulor pulak.. lama gak aku kat sana, lebih kurang 10 hari... ni ha gambar aku kat banner rodeo..tak dapat tengok rodeo takpelah janji dapat gambo ngan banner dia...sibuk jaga booth punya pasal la nih...korang tau tak rodeo tu apa? alaa koboi yang bertarung dengan lembu liar tu la...
haa gambo yang sebelah ni pulak saje je aku snap..melihat keindahan alam ciptaan tuhan..hehehe...almaklumla tengah boring2 tu, snap ajelah apa2 yang patut, yang sedap mata memandang..nasib baik tuan punya bontot ni tak perasan..kalau perasan mau lebam bijik mata aku..



kemudian aku terlibat dalam pelancaran program Tijarah Ramadhan anjuran Johor Corporation kat PWTC. bagi korang yang nak tengok program ni, ianya akan ditayangkan kat tv1 setiap hari pada bulan puasa ni...program ni sebenarnya dah masuk musim ke-4 dah, cuma mungkin ramai yang tak tau sebab dia tayang kat tv1, tambah pulak time ramadhan aje disiarkan...program ni kiranya macam program bersamamu kat tv3 tu..cuma konsepnya ada berbeza sikit..program tijarah ramadhan ni lebih kepada menonjolkan CSR (Corprate Social Responsibility) syarikat2 yang terlibat dalam rancangan ni...kebanyakan syarikat yang terlibat ni under Johor Corporation la tapi ada jugak syarikat lain yang ambik bahagian... nanti aku upload gambo kalau ada..

balik dari majlis pelancaran tu aku kena food poisoning la pulak...abis cirit birit ngan lemah satu badan...pehh macam2 yang jadik kat aku sepanjang 3 minggu kebelakangan ni...

balik opis keje dah berlambak2 menunggu..maklumlah dah 2 minggu tak masuk opis...adeiiii

No comments: