Friday, October 10, 2008

selamat hari raya aidilfitri

salam kawan2 sekalian..

terlebih dahulu aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua umat islam kat muka bumi ni..walaupun aku dah lama tak update blog, tapi aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya..

ok..citer tentang raya tahun ni...aku beraya kat pasir gudang je..kat kampung bini aku..kat kampung sentosa, felda cahaya baru..aku balik beraya kat kg kat muo dalam hari raya kedua...tapi tahun ni merupakan tahun yang paling malang aku beraya..sebab kat muo aritu 2 hari berturut2 aku kena sakit perut..cirit birit..penyudahnya masa aku banyak dihabiskan kat rumah je..tak sempat nak berjalan2..dah la raya ke5 nak balik ke jb balik..aduiii 

oklah nanti aku update blog lagi..tatatititutu

Saturday, August 30, 2008

Timbalan menteri masuk ladang

arini aku penat sikit, sebab terbabit secara tak langsung dengan upacara sambutan timbalan menteri sumber manusia, Dato' Noraini Ahmad..dia saje je buat lawatan rasmi ke ladang milik kumpulan...kat Ladang Sungai Simpang Kiri, Segamat..2 hari aku kat sana...pegi balik segamat-jb..penat jugaklah beb..

Dato' ni cun la..perrghh

Thursday, August 28, 2008

dah lama dah

dah lama aku tak update blog..dah sebulan jugaklah...yang sebenarnya aku sibuk sangat bulan lepas..dengan ulang-alik balik muar sebab adik aku sakit, dan alhamdulillah dia skang ni dah sambung belajar balik kat ilp pasir gudang..moga dia jadik orang yang berguna..cuma satu je problem dia ni..keras kepala, degil nak mampus...huuuu pening aku memikirkan perangai dia yang sorang ni..




oklah...aritu aku terlibat dalam pameran syarikat aku kat MAHA 2008...perrggh kat sana memang besar gile la tempat..aku sendiri tak habis melawat tempat tu..maklumla mana nak jaga booth lagi, mana nak melawat tempat lagi..kang aku kata aku ngulor pulak.. lama gak aku kat sana, lebih kurang 10 hari... ni ha gambar aku kat banner rodeo..tak dapat tengok rodeo takpelah janji dapat gambo ngan banner dia...sibuk jaga booth punya pasal la nih...korang tau tak rodeo tu apa? alaa koboi yang bertarung dengan lembu liar tu la...
haa gambo yang sebelah ni pulak saje je aku snap..melihat keindahan alam ciptaan tuhan..hehehe...almaklumla tengah boring2 tu, snap ajelah apa2 yang patut, yang sedap mata memandang..nasib baik tuan punya bontot ni tak perasan..kalau perasan mau lebam bijik mata aku..



kemudian aku terlibat dalam pelancaran program Tijarah Ramadhan anjuran Johor Corporation kat PWTC. bagi korang yang nak tengok program ni, ianya akan ditayangkan kat tv1 setiap hari pada bulan puasa ni...program ni sebenarnya dah masuk musim ke-4 dah, cuma mungkin ramai yang tak tau sebab dia tayang kat tv1, tambah pulak time ramadhan aje disiarkan...program ni kiranya macam program bersamamu kat tv3 tu..cuma konsepnya ada berbeza sikit..program tijarah ramadhan ni lebih kepada menonjolkan CSR (Corprate Social Responsibility) syarikat2 yang terlibat dalam rancangan ni...kebanyakan syarikat yang terlibat ni under Johor Corporation la tapi ada jugak syarikat lain yang ambik bahagian... nanti aku upload gambo kalau ada..

balik dari majlis pelancaran tu aku kena food poisoning la pulak...abis cirit birit ngan lemah satu badan...pehh macam2 yang jadik kat aku sepanjang 3 minggu kebelakangan ni...

balik opis keje dah berlambak2 menunggu..maklumlah dah 2 minggu tak masuk opis...adeiiii

Friday, July 25, 2008

Alhamdulillah

setakat hari ni..rizal dah beransur pulih...aritu doktor komakan dia selama 2 hari..arini dia dah sedar dari koma..dah boleh berbual2 macam biasa..kalau tak ada apa aral, insyaallah esok dia akan dipindahkan ke wad biasa balik..

ingat kalau dia dah boleh balik, aku nak bawak dia berubat cara kampung pulak.

Wednesday, July 23, 2008

Rizal masuk ICU

adik aku yang dimasukkan ke hospital pada ahad lepas, pagi rabu aritu dimasukkan ke wad ICU..masa tu aku kat rumah tengah beli sarapan...adik aku si faizal telepon dari hospital mintak semua datang ke hospital sebab keadaan rizal kritikal...

sebak ati aku bila aku bagitau perkara ni pada mak..dia menangis sampai tersedu2...nantilah aku sambung lagi..ni baru balik ke jb ni..penat tak ilang lagi..sampai jb kul 12 terus update blog..

Monday, July 21, 2008

Ilhan Zharif

Inilah anak aku..Ilhan Zharif Bin Fadzli Syahrir...lahir pada 7 September 2006 yang lepas...lincah sangat..penat nak pegang...skang ni dah nak masuk 2 tahun umur dia..





Sunday, July 20, 2008

arini aku sedih

pagi ni aku dapat mesej dari adik aku..dia mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...aku tak pasti kenapa dia tulis camtu...

dia skang ni berada kat hospital sebab degupan jantung laju..tapi doktor tak dapat kenalpasti puncanya..baru bulan lepas dia dimasukkan ke hospital atas sebab yang sama..tup2 pagi tadi kul 2 masuk balik...esok sebenarnya dia akan start belajar kat ILP Pasir Gudang...tapi dengan keadannya sekarang, taktaulah macam mana lepas ni..

buat korang yang terbaca nukilan ni, tolong doakan kesejahteraan adik aku..